|

Pendaftaran STAM di Akademi Ikatan Muslimin (AIM)

Pengiktirafan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran telah meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kemampuan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Pada tahun 2009, STAM telah diiktiraf sama taraf seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STAM bukan sahaja berpeluang memasuki IPTA dalam negeri tetapi juga berpeluang cerah untuk menyambung pelajaran di IPT luar negeri seperti Universiti Al-Azhar.

Penubuhan Akademi Ikatan Muslimin Perak (AIM) ini adalah merupakan institut tunggal di Perak yang akan mengkhususkan pelajarnya menduduki STAM melalui pendidikan berkonsepkan pra-universiti. Menariknya juga institut ini memfokuskan ilmu melalui pembinaan sahsiah muslim melalui pelbagai program yang disusun rapi oleh fasilitator yang berpengalaman.

Photobucket

3 Komen untuk entri “Pendaftaran STAM di Akademi Ikatan Muslimin (AIM)”

  1. shahran says:

    assalamu’alaikum…sy hendak mengajukan satu soalan…bolehkah sy ingin mendaftar di aim tetapi sy bukan seorang pelajar aliran ‘arab?

  2. ramia says:

    Boleh, asalkan b’usaha utk belajar bersungguh2 la.

  3. nur farah says:

    assalammualaikum..
    saya nak tanya..
    saya seorang pelajar lepasan spm 2010 dan bukan dari sekolah agama..malah langsung tidak mempunyai basic bahasa arab.tapi saya berminat untuk mendaftar stam di AIM atau di mana2 shj yg sggup menerima saya untuk melayakkan saya melanjutkan pelajaran ke universiti al-azhar.mohon agar dapat mmbntu saya.saya sgat berharap.terima kasih.