|

Ahli Kongres Amerika minta Obama desak Israel hentikan sekatan ke atas Gaza

Washington, 26 Jan. – Ahli-ahli Kongres Amerika hari ini meminta Presiden Barack Obama supaya mendesak regim Zionis Israel untuk menghentikan sekatan yang telah dikenakan ke atas Gaza sejak hampir empat tahun yang lalu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh 54 anggota Kongres tersebut menegaskan bahawa sekatan itu telah menghalang usaha badan-badan bantuan untuk membantu penduduk Palestin dan membekalkan keperluan asas mereka.

Menurut laporan yang disiarkan oleh Radio Sawa, anggota-anggota Kongres yang menandatangani kenyataan tersebut mengatakan bahawa sekatan yang dikenakan ke atas Gaza atas alasan untuk membanteras operasi-operasi keganasan merupkan satu bentuk hukuman kolektif terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Kenyataan tersebut turut ditandatangani oleh beberapa agensi bantuan dan badan hak asasi manusia.

Mereka juga memuji keputusan Obama yang memperuntukkan $300 juta untuk kerja-kerja pembangunan semula di Gaza selepas serangan terbaru Israel yang awal tahun lepas.

Sumber: The Palestinian Information Center

Penterjemah:
Mohd Firdaus Sabturani
Ketua Pengarang
Media ISMA

American congressmen asks Obama to pressure Israel into lifting siege on Gaza

WASHINGTON – Members of the American Congress have asked president Barack Obama to pressure Israel to lift the siege imposed on the Gaza Strip for almost four years.

A statement signed by 54 congressmen said that the siege was impeding relief agencies from helping the citizens and providing their basic needs.

The signatories of the statement broadcast by Sawa radio on Tuesday said that besieging the Strip at the pretext of barring “terrorist operations” constituted a kind of collective punishment for the entire population of the Strip.

The statement was also signed by a number of relief and human rights agencies.

The signatories praised Obama’s decision to allocate 300 million dollars for the reconstruction of Gaza after the latest Israeli war.