|

Ahlan Wa Sahlan Perintis AIM

Alhamdulillah, tanggal 10 Januari lalu adalah hari bersejarah bagi diri saya. Pada hari tersebut merupakan hari pendaftaran kemasukan generasi pertama Akademi Ikatan Muslimin (AIM) yang merupakan tempat kerja baru bagi saya setelah berkhidmat di Al-Hidayah sejak sekian lama. Akademi Ikatan Muslimin adalah sebuah pusat pengajian yang menawarkan kursus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi lepasan SPM dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke IPT di Timur Tengah khususnya Universiti Al-Azhar Mesir.

Semoga kemunculan AIM yang menawarkan alternatif pengajian setara Matrikulasi Al-Azhar dapat memberikan alternatif baru kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Tenaga pensyarah yang terlibat di AIM adalah mereka yang berkelulusan Timur Tengah dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam mengendalikan kelas STAM. Saya sendiri terlibat sebagai salah seorang tenaga pensyarah di sini. Sudah tentu my favourite lesson Tauhid dan Mantik, tapi kali ini kena mengajar Feqh dan Mirath pulak, ini satu pengalaman baru yang sangat menarik.

Alhamdulillah sehingga hari ini,  pelajar AIM sudah berjumlah 30 orang. Mengikut Ustaz Razmi, Ketua Unit Akademik  AIM, jumlah ini akan bertambah pada hari-hari yang mendatang. Semoga kedatangan generasi perintis AIM ini sentiasa diberkati Ilahi dan membuka lembaran baru dalam sejarah perjuangan hidup saya.

Untuk sahabat-sahabat yang sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan AIM khususnya Jawatankuasa Penaja AIM dan ikhwah akhawat ISMA Perak, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi  penghargaan dan ucapan terima kasih. Semoga amal kita yang kerdil ini diterima Ilahi. Ameeen Ya Rabbal Alamin.

Akhukum.


Ustaz Shaharuzzaman Bistamam,
Ketua Unit Tarbiyyah & Pembangunan Insan,

Akademi Ikatan Muslimin (AIM)

8 Komen untuk entri “Ahlan Wa Sahlan Perintis AIM”

  1. Faeizuan says:

    assalamualaikum ustaz..
    saya nak tanya cikit, macam mana kalu saye dari sekolah biasa yang tidak mempunyai asas bahasa arab ingin mengambil STAM di Akademik Ikatan Muslin ini?
    minta bagi penjelasan ustaz..

  2. Bismillah.

    Saya ex-STAM Al-Hidayah Ipoh. Sekarang menuntut di Al-Azhar University, Cairo. Tahun 2 Syariah Islamiyah.

    Pengalaman setahun lebih di Mesir mengajar saya betapa Bahasa Arab amat penting dalam menguasai ilmu agama, kerana boleh dikatakan semua ilmu agama adalah dalam Bahasa Arab.

    Oleh itu, andai saudara belum mempunyai asas yang kuat, bagi saya saudara tidak perlu tergesa-gesa. Mulalah belajar dari bawah, biarpun ia mengambil masa.

    Silibus mata pelajaran Bahasa Arab peringkat STAM (baca: Nahu Sorof, Insya Mutalaah, Balaghah dan Arudh Qafiyah) agak ‘advance’.

    Namun, saya tak tolak kemungkinan tenaga pengajar AIM sanggup mengendalikan kelas Bahasa Arab asas untuk pelajar beginner secara sambilan, kerana rata-ratanya mereka amat komited dan senang bergaul. Hal ini berdasarkan pengalaman saya dengan mereka di Al-Hidayah dulu.

    Ada juga beberapa pelajar yang ambil STAM dulu walaupun Bahasa Arabnya tidak kuat, kemudian ‘touch up’ lagi di Mesir di markaz bahasa.

    Lambat setahun dua bukan masalah. Saya sendiri lambat setahun. Sepatutnya orang sebaya saya sudah Tahun 3.

    Apapun, selamat maju jaya untuk Faeizuan. ^_^ Moga Allah mudahkan urusan. Hope to see you here. :)

    Bilal bin Jailani
    Nasr City, Cairo

  3. Muhammad Hafizuddin Jamil says:

    السلام عليكم
    Datang sekarang ke Mesir belajar bahasa arab dari mula.

    exSTAM HIDAYAH
    penuntut markaz bahasa

  4. Nurudin says:

    Saya pun sama dengan Faeizuan..sy cuma belajar di sekolah biasa yg tiada ambik bahasa arab…
    tapi,sy dengar cerita,boleh try sekolah di Maahad dulu..belajar bahasa arab…n ambik ujian arab..
    lepas tu ambik STAM..betol ka..??
    STAM ni adakah perlu kita ambik dengan STPM….
    Ingin sangat saya belajar di Al Azhar Mesir…
    InsyaAllah..

  5. atirah syamimi says:

    assalamualaikum…
    saya sama seperti faeizuan..
    saya pelajar mrsm yang tidak punyai langsung asas bahasa arab..
    tetapi saya ingin mengambil STAM..
    untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang dan syariah di u. al-azhar
    ada famili saya yang x setuju..
    tapi saya mahu..
    tapi sya juga takut untuk aambil..
    takut tergelincir…
    stam x lepas..
    x lulus..
    sy takut x bleh bwak…
    sebab x dek asas arab..
    mcmane nie..
    sye boleh ke lakukannya..
    dan betulke u. al-azhar bagus dalam bidang undang2 & syariah?
    AIM ni tok laki je ea?

  6. Nor Aizat says:

    salam..

    kpd atirah syamimi, AIM juga terbuka untuk pelajar perempuan..
    utk maklumat lanjut tentang AIM, layari
    http://aimstam.wordpress.com/

  7. ustaz n9 says:

    Seorang pelajar jurusan kejuruteraan semester pertama pernah nekad tinggalkan pengajian kerana terlalu ingin belajar syariah. Beliau pergi Mesir dan belajar bahasa Arab lebih kurang setahun, kemudian kembali ke tanahair untuk STAM dan berjaya dapat keputusan amat baik. Sekarang beliau belajar di al-Azhar, tahun dua. Tetapi beliau berjaya menangani liku dan cabaran untuk ke sana dengan baik, seperti halangan keluarga (akhirnya semua setuju), kewangan (bayar balik PTPTN semester pertama).

    Saya tidak bermaksud nak kempen semua pelajar kejuruteraan ikut jejak langkah sahabat kita tu, tapi nak cerita bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

  8. su says:

    salam…
    stam ni boleh diambil oleh mana-mana individu yang berusia 18 tahun ke atas ke? bagaimana pula dengan individu yang telah bekerja atau pun telah mengambil diploma tapi ingin melanjutkan pelajaran ke al-azhar. Jadi stam ni wajib ke untuk diambil bagi melayakkan diri untuk ke al-azhar.