|

Penjara 1175 Tahun

Photobucket

Menarik dari seorang rakan. Jika sesiapa yang ada maklumat, boleh komen samada maklumat ini betul atau tidak.

Namanya Hasan Salamah. Dijatuhkan hukuman penjara selama 1175 tahun. Salah seorang yang terlibat di dalam operasi membalas dendam atas pembunuhan as-Syahid Yahya Ayyash. Duduk dikelilingi pihak keselamatan Israel. Senyumannya menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa masalah terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnnya.

“Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Az-Zumar: 22)