mediaisma

“MELAKAR PEMIKIRAN UMMAH”

Portal Islam dan Melayu (ISMAWEB) adalah sebuah portal berita yang diuruskan oleh Media ISMA Sdn Bhd. Media ISMA Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang didaftarkan dengan pendaftar syarikat pada tahun 2012. Syarikat ini ditubuhkan bagi memenuhi aspirasi dan harapan umat Islam yang dahagakan berita dan maklumat yang bertanggungjawab, berakhlak, sahih, bermanfaat dan kreatif.

Portal Islam dan Melayu (ISMAWEB) berhasrat memikul peranan dalam mendidik dan membangunkan jati diri umat Islam di Malaysia dengan memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan teknologi informasi dan komunikasi yang semakin berkembang pesat.

“VISI DAN MISI MEDIA ISMA”

VISI

Melakar pemikiran ummah dalam mendokong strategi dan seruan dakwah Islam yang syumul kepada terutama kepada masyarakat Melayu Muslim dan Muslim secara amnya.

MISI

Menjadi peneraju Media Islam di Malaysia. Mempunyai organisasi serta pengurusan yang professional, dinamik, efektif dan cemerlang. Memastikan operasi media yang efektif di semua peringkat. Menghasilkan produk dan karya yang berkualiti secara efektif dan konsisten.

OBJEKTIF

Menyampaikan fikrah Islam yang sahih dan syumul  kepada masyarakat melalui sebarang medium media, samada bercetak, elektronik dan sosial, untuk mencapai objektif dakwah Islam.

Menonjolkan tokoh-tokoh Pendakwah dan Pemimpin terutama Melayu Muslim sehingga menjadi sumber rujukan masyarakat.

logomediaisma