Berita Utama

PAS kecewa perwakilan UMNO labelkan pemimpin parti jahanam

Zawawi melampau, tak perlu masuk campur urusan parti lain

BANGI, 18 Syaaban 1443H, Isnin – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kecewa terhadap tohmohan dikeluarkan perwakilan UMNO yang melabelkan pemimpin PAS sebagai ‘jahanam’.

Beliau berkata, label yang dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, Datuk Zawawi Othman ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden semepna Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini adalah melampau.

“Saya menolak kenyataan itu (tiga jahanam) yang saya anggap sebagai melampau.

“Kita hormati semua parti politik, (dalam masa sama) tak bolehlah kita label dan kita letak istilah (kurang baik).

“Bagi saya, itu hak PAS lah, parti lain tak boleh campur (urusan parti). Tak perlu kita labelkan (orang) seperti itu yang saya rasa tak begitu manis,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan hari ini.

Sabtu lalu, Zawawi dilaporkan berkata, UMNO Kelantan menganggap parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada tiga ‘jahanam’ yang memimpinnya.

Dakwanya, gelaran itu diberikan kerana mereka dianggap ‘bermulut jahat’, dalam kalangan pemimpin PAS yang membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button