Dunia

4 suspek baharu serangan Nice, Perancis ditahan

Suspek utama disah positif COVID-19, kontak diarah buat saringan

PARIS, 18 Rabiulawal 1442H, Rabu – Polis menahan empat suspek baharu serangan di sebuah gereja di bandar raya Nice, Perancis pada Khamis lalu, termasuk tiga yang lain masih ditahan. 

Keempat-empat suspek baharu berkenaan adalah lelaki, yang ditahan di Val d’Oise, sebuah jabatan Perancis di utara Paris. 

Suspek utama, Brahim Aouissaoui, 21, disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di hospital berikutan kecederaan ditembak polis dalam insiden terbabit.

Susulan itu, anggota penguatkuasa dan mereka yang menjadi kontak rapat dalam insiden Khamis lalu diarah melakukan ujian saringan.

Aouissaoui – seorang warganegara Tunisia – menyerang beberapa individu di Basilika Notre Dame de’I Assumption di Nice pada jam 8.30 pagi, dengan menikam dua wanita dan seorang lelaki.

Enam individu telah ditahan oleh polis, termasuk seorang lelaki berusia 47 tahun yang ditangkap pada petang Khamis kerana didakwa berinteraksi dengan Auoissaoui sehari sebelum kejadian.

Tiga individu lain ditangkap di Grasse, sebuah bandar di sebelah barat Nice, namun dua daripadanya telah dibebaskan.  

Pejabat Pendakwa Anti-Keganasan Kebangsaan Perancis telah memulakan siasatan sejurus selepas kejadian itu. 

Menurut laporan Auoissaoui dikatakan telah tiba di Lampedusa pada 20 September sebelum tiba di Itali pada 9 Oktober dan menyeberangi perbatasan ke Perancis.

Difahamkan, dokumentasi dari Palang Merah Perancis membantu mendedahkan fakta mengenai pergerakan suspek itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button