Berita UtamaUtama

Macau Scam: Simpanan Tabung Haji RM200,000 lesap

BANGI, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Seperti biasa ‘Macau Scam’ menggunakan taktik menyamar sebagai anggota polis dan pegawai bank untuk menipu orang ramai.

Kes terbaharu, seorang pesara kerajaan kerugian RM 200,000 selepas ditipu sindiket itu menerusi panggilan telefon yang kononnya mengaku sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, lapor Harian Metro.

Lelaki itu menyamar sebagai sarjan dan memberitahu mangsa terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram, yang mana sejumlah wang sudah dimasukkan dalam akaun mangsa.

Pesara berusia 60 tahun itu kemudian diarahkan untuk mengeluarkan semua wang simpanannya dalam Tabung Haji dan memasukkan ke dalam akaun Bank Islam milik lelaki itu.

Tanpa berfikir panjang, mangsa terus melakukan transaksi pemindahan beberapa kali pada 9, 10 dan 11 Januari ke akaun berlainan yang diberikan lelaki itu.

Mangsa bertindak demikian kerana panik dan percaya lelaki itu adalah anggota polis yang melakukan siasatan kes.

Bagaimanapun, selepas menyemak wang simpanannya semakin berkurangan, mangsa baru tersedar ditipu lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu kelmarin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Target memang orang2 pencen yang kurang pengetahuan tentang jenis2 penipuan zaman skrg.
    Elok kalau masjid/surau buat ceramah peringat dan beri ilmu2 pada warga2 emas begini.

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close