Berita UtamaDunia

Dakwa dihalang bersekolah, 200 pelajar nekad tinggalkan Afghanistan

Larikan diri ke Kanada dengan bantuan badan Amal Putera Charles

KABUL, 14 Safar 1443H, Selasa – Kira-kira 200 pelajar perempuan dilaporkan melarikan diri dari Afghanistan dan memohon bantuan Badan Amal Putera Charles Kanada di Toronto, lapor agensi Anadolu.

Mereka mulanya melarikan diri menggunakan laluan di lapangan terbang di Kabul, namun keadaan sangat bahaya menyebabkan mereka menghabiskan beberapa minggu menggunakan laluan darat untuk tiba di Pakistan.

Pelarian berkenaan kemudiannya meneruskan perjalanan menggunakan laluan rahsia sehingga tiba di Kanada.

 

Mereka melarikan diri daripada pemerintahan kerajaan sementara Taliban selepas mendakwa undang-undang tidak memberi kebenaran kepada pelajar perempuan untuk kembali bersekolah.

Menteri Imigresen Kanada, Marco Mendicino berkata, kesemua pelajar berkenaan bersama ahli keluarga akan ditempatkan di wilayah Saskatchewan dalam tempoh beberapa minggu.

 

“Kami sedaya upaya akan memberi bantuan kepada pelarian Afghanistan ini supaya berada dalam keadaan selamat di negara ini,” katanya.

 

Pada tahun 2010, Putera Charles melancarkan badan amal di negara itu di Toronto yang bertujuan membantu golongan pelarian.

 

“Pelarian Afghanistan kini berada dalam keadaan selamat dan mereka kini berpeluang untuk memajukan diri termasuk meneruskan persekolahan semula,” kata Mark Fell, yang mengetuai badan amal berkenaan.

 

Menerusi bancian negara pada 2016 menunjukkan kira-kira 76,000 rakyat Afghanistan berada di Kanada. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button