Berita UtamaUtama

11 negara bantu beri dana kepada pelarian Palestin

GENEVA, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Selepas Amerika Syarikat mengancam akan menyekat dana sebanyak AS $65 juta kepada Palestin, 11 negara mengambil inisiatif untuk bersama membantu negara itu.

Ketua Agensi Bantuan dan Kerajaan PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA), Pierre Krähenbühl berkata, tujuh negara iaitu Switzerland, Finland, Denmark, Sweden, Norway, Jerman dan Rusia telah memindahkan dana awal manakala empat lagi, Belgium, Kuwait, Belanda dan Ireland berjanji untuk melakukannya tidak lama lagi.

“Ia sangat jelas menunjukkan bahawa keputusan Amerika Syarikat tidak menjejaskan prestasi kami.

“Dan saya tekankan di sini sekali lagi bahawa pembiayaan kemanusiaan perlu dipertahankan daripada terikat dengan pertimbangan politik,” katanya.

Amerika Syarikat berkata pada bulan lalu bahawa ia akan menahan menyekat AS$65 juta daripada AS$125 juta yang telah dirancang untuk dihantar ke UNRWA, yang digunakan untuk mengendalikan sekolah dan klinik untuk 5.3 juta rakyat Palestin di seluruh Timur Tengah, termasuk di Gaza dan Tebing Barat.

Kraehenbuehl telah melancarkan kempen mengutip dana sebanyak kira-kira AS$800 juta untuk memberikan bantuan kepada pelarian Palestin di wilayah Syria, Lubnan, Jordan dan Palestin tahun ini. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close