Berita UtamaUtama

PAS dakwa PAN kerjasama dengan UMNO jatuhkan kerajaan negeri


KOTA BHARU, 14 Jamadilawal 1439H, RabuTimbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan, Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan telah mengadakan rundingan dengan UMNO Kelantan bagi menjatuhkan kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau yang mendedahkan perkara itu dalam ceramahnya ketika Perasmian Bilik Operasi PAS Cawangan Panchor, semalam berkata, beliau mendapat maklumat dan bukti bahawa pimpinan PAN mengadakan pertemuan dengan UMNO negeri itu tujuan tersebut.

“Saya mendapat maklumat pertemuan itu diadakan sebulan dua ini bagi nak jatuhkan PAS Kelantan, UMNO setuju nak bagi duit kepada PAN untuk buat kerja pilihan raya,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Amar berkata, beliau tidak mahu mendedahkan siapa individu yang membuat perjumpaan tersebut walaupun mendapat maklumat sahih.

Malah, beliau memberi jaminan akan bertanggungjawab dengan pendedahan yang dibuat itu.

“Sampai peringkat itu jahatnya puak-puak PAN, saya akan bertanggungjawab dengan kenyataan ini,” katanya seperti dilapor Sinar Online.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata apa yang dinyatakan itu hanya satu dakyah yang cuba mengugat perpaduan antara parti dalam BN dan sesama ahli UMNO.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close