Berita Utama

Keputusan sampel kopi campuran diketahui dalam masa terdekat

KUALA SELANGOR, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Sampel kopi campuran segera yang didakwa menyebabkan beberapa individu dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan negeri berkenaan untuk dianalisis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, keputusan ujian sampel kopi campuran berperisa buah tempatan itu dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan bakal memaklumkan mengenai perkara itu nanti.

“Jika didapati bahawa kopi campuran itu mengandungi bahan terlarang, kita akan memaklumkan dan mengarahkan pengeluarnya menghentikan produk berkenaan di pasaran.

“Setakat ini, daripada laporan yang diterima, lima orang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang selepas minum kopi campuran ‘Durian White Coffee,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bernama melaporkan, dua lelaki terpaksa menerima rawatan di HPP semalam selepas didakwa mengalami simptom letih dan lemah teruk selepas minum kopi berkenaan.

Susulan laporan itu, Ismaweb.net turut mengesan berita tular itu yang mendakwa empat individu menerima rawatan di HPP yang mengalami sympathomimetic toxidrome (bacaan BP tinggi, tachycardia, dilated pupils, sweating dan restlessness), selepas minum kopi campuran berkenaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close