DuniaUtama

Israel terbabit cubaan bunuh pemimpin Hamas

BEIRUT, 10 Jamadliawal 1439H, Sabtu – Pihak berkuasa Lubnan berkata, rejim pengganas Israel terbabit dalam cubaan membunuh seorang pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dengan meletupkan kereta yang dinaikinya awal bulan ini.

Mohammad Hamdan cedera apabila bom yang dipasang pada kereta dinaikinya meletup di selatan bandar pelabuhan Sidon, 14 Januari lalu.

Beliau tidak dilihat sebagai mempunyai peranan dalam politik Hamas, tetapi sumber Palestin menyatakan Mohammad Hamdan menganggotai unit keselamatan pergerakan itu.

Menteri Dalam Negeri Lubnan, Nouhad Mashnuq dalam satu kenyataan hari ini berkata, salah seorang perancang cubaan bunuh itu ditangkap dan mengaku bekerjasama dengan perisik rejim pengganas Zionis.

Tanpa menyatakan kewarganegaraan perancang yang ditangkap itu, beliau berkata, peralatan komunikasi yang canggih turut dirampas daripada lelaki terbabit.

Hamas sebelum ini menuduh rejim pengganas Israel terbabit dalam cubaan membunuh Mohammad Hamdan.

Pergerakan itu pernah terbabit dalam tiga perang dengan rejim pengganas sebelum ini, dan berpangkalan di Gaza, tetapi cawangannya beroperasi di seluruh Timur Tengah, termasuk di Lubnan.

Pada 2010, Lubnan menghukum mati seorang pegawai tinggi keselamatannya kerana bekerjasama dengan perisik rejim pengganas Israel untuk membunuh pemimpin Jihad Islam di Sidon. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close