Berita Utama

Perkhidmatan aerotrain di KLIA tergendala sementara

BANGI, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tergendala sementara hari ini untuk kerja-kerja penyenggaraan kecemasan.

Perkara itu dimaklumkan pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa aerotrain di KLIA terpaksa dihentikan bermula 9.30 pagi hingga 12 tengah hari ini, bagi kerja-kerja penyenggaraan kecemasan.

“Terdapat 14 buah bas disediakan untuk mengangkut penumpang di terminal utama dan bangunan satelit. Kami menjangkakan kira-kira 12,000 penumpang pagi ini,” katanya.

MAHB berkata, pasukan juruteranya akan segera menyelesaikan penyenggaraan tersebut, dan akan memaklumkan sekiranya perkhidmataan itu kembali beroperasi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close