Berita Utama

Boleh tuntut bantuan RM100 di sekolah

BANGI, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) sebanyak RM100 yang diperuntukkan kepada lebih 3 juta murid dan pelajar di seluruh negara boleh dituntut di sekolah masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, kerajaan telah menyalurkan RM308.9 juta yang diperuntukkan untuk 10,234 sekolah di seluruh negara.

“Bantuan itu adalah untuk membolehkan keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 menggunakan wang berkenaan untuk tujuan membeli buku dan barangan persekolahan untuk anak-anak mereka,” katanya seperti dilapor The Star.

Chong berkata, kerajaan memutuskan untuk memberi bantuan itu kerana memahami beban perbelanjaan tambahan yang ditanggung ibu bapa di awal persekolahan.

Serentak itu katanya, beliau berharap ibu bapa murid yang layak menerima bantuan berkenaan boleh menuntutnya di sekolah anak masing-masing.

“Kita bimbang untuk menyerahkan wang itu kepada pelajar atau murid, kerana mereka mungkin akan menghilangkannya,” katanya.

Beliau berkata, seramai 1,692,187 penerima bantuan berkenaan adalah murid daripada 7,797 sekolah rendah, dan 1,397,681 pelajar daripada 2,437 sekolah menengah.

Menurut Chong, Selangor adalah penerima tertinggi iaitu 409,454 pelajar, diikuti Johor (385,512), Sabah (381,174) dan Sarawak (341,774).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close