Berita UtamaDuniaUtama

Tiada kematian, hanya cedera akibat gempa di Indonesia

JAKARTA, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Lebak di barat daya wilayah Banten dan 153 kilometer dari ibu negara Indonesia semalam, merosakkan ratusan rumah, kata Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB).

Pusat gempa dikesan di kedalaman 10 kilometer di dasar Lautan Hindi berhampiran Pulau Jawa pada jam 1.34 tengah hari, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran berlaku selama kira-kira 40 saat, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bagaimanapun, Pengarah BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, berdasarkan data sementara yang diperoleh, lapan pelajar cedera, termasuk enam parah akibat ditimpa runtuhan bumbung sekolah di Kabupaten Cianjur, Jawa Barat.

“Dua buah rumah rosak teruk di Desa Tanggeung dan Desa Pagermaneuh. Manakala, di Kabupaten Sukabumi terdapat 10 rumah, sebuah masjid, serta pejabat kesihatan turut rosak,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Katanya, laporan juga mengatakan beberapa rumah dan bangunan sekolah turut rosak di kawasan lain.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 11 gegaran lanjutan dikesan berikutan gempa bumi berkenaan, yang turut dirasai di Jawa Tengah. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close