Berita UtamaUtama

Petrol, diesel turun 1 sen

BANGI, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Harga runcit bagi petrol dan diesel masing-masing turun 1 sen mulai tengah malam ini.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, harga RON95 akan dijual pada harga RM 2.29 seliter berbanding RM2.30 pada minggu lalu.

Manakala harga RON97 pula turun kepada RM 2.56 daripada RM 2.57 seliter.

Sementara itu, harga diesel juga turun 1 sen kepada RM 2.31 seliter berbanding RM 2.32 seliter.

Harga baharu ini berkuatkuasa bermula tengah malam ini sehingga 31 Januari minggu hadapan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close