Berita Utama

Amaran hujan lebat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

BANGI, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di lapan negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga petang ini.

Ia membabitkan beberapa kawasan di Selangor termasuklah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang dan Hulu Langat.

Keadaan sama turut menjejaskan negeri di bahagian selatan tanah air iaitu Negeri Sembilan (Jelebu, Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson); Melaka dan Johor (Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai).

Sementara di Sabah, hujan lebat dijangka berlaku di bahagian Pedalaman (daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang dan Tenom); Pantai Barat (Papar); Kudat; Sandakan (daerah Beluran) dan Labuan.

Tidak terkecuali di bahagian Limbang, Sarawak.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close