Berita UtamaDuniaUtama

33 terbunuh letupan bom kereta di Libya

BENGHAZI, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Lebih 30 terbunuh termasuk pegawai keselamatan dalam serangan pengeboman dua kereta di luar kawasan masjid di Libya, malam tadi.

Letupan pertama berlaku di luar sebuah masjid di pusat bandar Al Salmani di Benghazi, ketika para jemaah selesai menunaikan solat Isyak.

Sekitar 10 hingga 15 minit kemudian, letupan kedua yang lebih kuat berlaku membabitkan sebuah kereta Mercedes yang terletak di seberang jalan lokasi kejadian.

Letupan kedua itu berlaku sebaik pegawai keselamatan dan kesihatan tiba, yang membabitkan sebuah ambulans, dan menyebabkan jumlah mangsa meningkat.

Kejadian itu menyebabkan 33 orang terbunuh, dan 50 orang cedera termasuk anggota keselamatan serta orang awam.

Petugas perubatan menjangkakan angka korban meningkat ekoran kebanyakan mangsa dilaporkan kritikal. Sehingga kini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close