Berita Utama

Gempa Banten turut gegar Jakarta

JAKARTA, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegarkan pesisir pantai Lebak, 81 kilometer di barat daya wilayah Banten, di Pulau Jawa, hari ini.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia berkata, pusat gempa dikesan di kedalaman 10 kilometer di dasar laut, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran selama 40 saat itu turut dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean, sehingga menyebabkan orang ramai bertindak keluar untuk menyelamatkan diri.

Setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Gegaran gempa itu turut dirasai sehingga di Jakarta, yang terletak kira-kira 153 kilometer dari Lebak.

Pekerja pejabat yang baru pulang daripada rehat tengah hari kira-kira jam 1.20 tengah hari bertempiaran lari menyelamatkan diri, termasuk keluar dari bangunan tinggi.

Indonesia kerap mengalami gempa bumi dan aktiviti gunung berapi berikutan kedudukannya di atas ‘Lingkaran Api Pasifik’ di mana plat tektronik berlanggar. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close