Berita Utama

Kesabaran PAS ada batasnya dalam depani kemelut dengan UMNO

Masalah di antara 2 parti dilakukan pemimpin kluster

BANGI, 30 Jamadilakhir 1443H, Rabu – PAS menegaskan bahawa kesabaran parti tersebut dalam mendepani kemelut dengan UMNO atas batasnya.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, masalah yang timbul di antara dua parti berkenaan bukan dilakukan oleh semua pemimpin di dalam UMNO.

Sebaliknya, jelas beliau ia dilakukan oleh kluster-kluster tertentu yang mengenepikan kesatuan ummah dan melihat Malaysia kembali ke landasan sebenar.

“Ada segelintir pemimpin UMNO nak bertindak keterlaluan dengan pelbagai yang berlaku, seperti di pembubaran DUN di Melaka, begitu juga di Perak. Sekarang ini berlaku di Johor.

“Jadi kita tak boleh letakkan UMNO secara keseluruhan dalam satu bakul. Ada kluster-kluster tertentu. Penghormatan PAS kepada UMNO adalah terhadap kluster yang mahukan penyatuan ummah dan yang fokus untuk Malaysia kembali kepada tempatnya selepas berdepan dengan COVID-19.

“Namun begitu, kesabaran PAS ada hadnya,” katanya seperti dipetik portal berita tempatan, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Bagaimanapun, Khairil Nizam tidak menyebut sebarang nama secara khusus tetapi berkata, kluster yang menimbulkan masalah adalah mereka yang berdepan kes mahkamah dan telah ‘memalukan negara di peringkat dunia’.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button