Berita UtamaUtama

DBKL buka getah pemisah laluan basikal di KL

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula getah yang dipasang di tepi jalan bagi memisahkan laluan basikal dan kenderaan di ibu kota, hari ini.

Tindakan itu dibuat berikutan aduan orang ramai, terutama penunggang motosikal yang terjatuh selepas terlanggar getah berkenaan, terutama ketika hujan.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang penunggang terjatuh apabila tayar motosikalnya terlanggar getah itu, menyebabkannya cedera.

Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah berkata, langkah itu diambil selepas alat berkenaan dikatakan berbahaya kepada pengguna, terutama penunggang motosikal.

“DBKL akan mengkaji semula perkara itu apatah lagi terdapat bantahan daripada pengguna jalan raya. Kami akan cari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kesejahteraan warga kota secara keseluruhannya,” katanya, hari ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close