Berita Utama

Perkukuhkan perundangan, wajibkan guna bahasa Melayu di mahkamah

Terjemahan Perlembagaan dalam bahasa kebangsaan perlu diusaha bersungguh-sungguh

BANGI, 1 Rejab 1445H, Sabtu – Penggunaan bahasa Melayu dalam badan perundangan perlu diperkukuhkan dengan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu termasuk di mahkamah kecuali dalam keadaan tidak dapat dielakkan.

Justeru, hakim hendaklah boleh menulis alasan penghakiman dalam bahasa Melayu dengan baik, manakala peguam juga hendaklah dapat menulis dan membentangkan hujahan mereka dalam bahasa Melayu yang baik.

Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, walaupun bahasa Melayu dijamin kedudukannya dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, kerangka undang-undang dalam akta yang berkaitan belum lagi mampu mengukuhkan kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi.

Ini kerana penggunaan bahasa lain, walaupun tidak diwajibkan, tetapi ia dibenarkan.

Jelas Prof Shamrahayu, kebenaran menggunakan bahasa lain selain bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi akan melambatkan penerimaan dan pemakaian bahasa kebangsaan dalam kalangan warganegara.

“Penggunaan bahasa lain dalam urusan rasmi juga menyumbang kepada kurangnya penghayatan kepada kedudukan bahasa Kebangsaan.

“Aspirasi atau matlamat bahasa kebangsaan tidak mudah untuk dicapai sekiranya sokongan undang-undang tidak diperkukuh,” katanya menulis di Berita Harian.

Justeru, antara lain adalah dicadangkan beberapa bagi pengukuhan kedudukan dan amalan bahasa kebangsaan.

Justeru, antara lain adalah dicadangkan beberapa bagi pengukuhan kedudukan dan amalan bahasa kebangsaan antaranya tidak lagi membenarkan terjemahan dokumen rasmi kepada bahasa lain.

Selain itu, mengkaji semula penggunaan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan dalam institusi pendidikan tadika, rendah dan menengah serta pendidikan tinggi (kecuali sesetengah kursus yang perlu diperinci).

“Terjemahan Perlembagaan Persekutuan ke dalam bahasa kebangsaan juga perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh.

“Penggunaan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi dalam prosiding mahkamah perlu dipertingkatkan, manakala hakim hendaklah diwajibkan menulis penghakiman dalam bahasa Melayu;

“Paling penting penggunaan bahasa kebangsaan dalam prosiding Parlimen dan penggunaan tulisan Jawi dalam penulisan urusan rasmi bagi institusi Islam,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button