Berita UtamaDunia

Sekolah UNRWA di Khan Younis jadi sasaran terbaharu rejim

Bayi baru lahir, wanita dan kanak-kanak jadi mangsa

GAZA, 5 Rabiulakhir 1445H, Jumaat – Sebuah sekolah kendalian Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Khan Younis yang menjadi tempat perlindungan penduduk Gaza kini menjadi sasaran terbaharu rejim negara haram.

Agensi berita Wafa melaporkan, ratusan penduduk berlindung di sekolah-sekolah selepas rejim pengganas memusnahkan kediaman mereka.

Rejim turut melancarkan serangan di kawasan perumahan berhampiran Sekolah Ahmed Abdel Aziz – yang menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di kawasan Al-Hawoz di kem Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut agensi berita itu, sembilan dilaporkan syahid termasuk tujuh kanak-kanak terkorban dalam serangan bom di Selatan Khan Younis.

Kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Nasser di bandar itu dan kebanyakan mangsa masih dalam runtuhan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Shraf Al-Qudra berkata, mangsa pembunuhan beramai-ramai di Khan Younis dan Rafah terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.

Sementara itu, di Kem Buseirat, seorang bayi terkorban manakala puluhan yang lain cedera angkara serangan bom rejim pengganas.

Rejim negara haram itu memperbaharui serbuan ke atas pelbagai kawasan kediaman dan bangunan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Saksi melaporkan kira-kira 20 rakyat Palestin syahid akibat pengeboman yang menyasarkan dua buah rumah orang awam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button