Berita UtamaDuniaUtama

Pelarian Rohingya di Bangladesh enggan kembali ke Myanmar

DHAKA, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Ratusan pelarian etnik Islam Rohingya di Bangladesh membantah rancangan bersama dua negara untuk menghantar mereka pulang ke Myanmar.

Kebanyakan pelarian yang tinggal di kem-kem penuh sesak di tenggara Bangladesh, mengadakan protes pada hari Jumaat, mengisytiharkan bahawa mereka tidak mahu pulang ke Myanmar.

Mereka membawa sepanduk dan melaungkan slogan menuntut kewarganegaraan dan jaminan keselamatan sebelum dihantar pulang Rakhine.

Seorang pelarian memberitahu agensi berita AFP bahawa mereka mahu hak asas dan kewarganegaraan. 

“Kami tidak mahu pulang tanpa jaminan kehidupan,” katanya mengenangkan insiden kekejaman pasukan tentera dan penganut Buddha di negara asal mereka.

Bangladesh dan Myanmar telah mencapai persetujuan untuk menghantar semula pelarian ke Rakhine dalam tempoh dua tahun.

Terdaulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, hampir 655,000 umat Islam Rohingya melarikan diri dari Rakhine ke Bangladesh sejak tentera pengganas Myanmar melancarkan gelombang keganasan berdarah pada Ogos tahun lalu. 

PBB menegaskan penghantaran balik pelarian haruslah dijalankan secara sukarela. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close