Berita UtamaUtama

Macau Scam: Penyelia kerugian RM30,000


KUANTAN, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Seorang penyelia sebuah kilang di Pekan mengalami kerugian RM30,000 selepas diperdaya menerusi panggilan palsu dari sebuah bank, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 44 tahun sebelum itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai kakitangan sebuah bank dan mendakwa mangsa mempunyai pinjaman tertunggak sebanyak RM30,000.

“Mangsa diminta segera menyelesaikan tunggakan tersebut untuk mengelak daripada dikenakan tindakan sebelum diperkenalkan kepada seorang ‘anggota polis’ di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Terengganu, yang dikenali sebagai Sarjan Zamri.

“Suspek kemudian memberitahu bahawa mangsa telah terlibat dengan kegiatan jenayah dan boleh direman 45 hari tanpa bicara serta penjara 15 tahun, menyebabkan mangsa ketakutan sebelum panggilan itu disambung pula kepada seorang pegawai atasan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Wazir berkata, mangsa yang terpedaya dengan panggilan itu, pegawai itu meminta mangsa memindahkan RM30,000 daripada akaunnya kepada sebuah akaun bank lain miliknya, diikuti satu lagi transaksi pemindahan wang sebanyak RM21,114 ke akaun keduanya melalui Tabung Haji Cawangan Pekan.

Katanya, mangsa kemudian pulang ke rumah dan menceritakan hal itu kepada isterinya sebelum menyedari dia ditipu.

Beliau berkata, sebaik menyedari hal itu mangsa kemudian cuba menyekat akaun miliknya, namun hanya berjaya menyelamatkan RM21,114 sahaja manakala wang RM30,000 yang dimasukkan lebih awal telah lesap. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close