Berita UtamaUtama

‘Bidang agama laluan terbaik bentuk modal insan negara’

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – 67 pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 yang memperoleh keputusan Mumtaz Sofi menerima pengiktirafan dalam Anugerah Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan, di Putrajaya hari ini.

Mumtaz Sofi adalah keputusan cemerlang (A+) bagi semua 10 mata pelajaran yang diambil dalam STAM.

Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Aliah Ahmad Shah berkata, penganugerahan ini adalah sebagai galakan kepada pelajar lain yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang agama.

Katanya, pelajar-pelajar ini merupakan modal insan yang cemerlang dalam bidang agama.

“Kita galakkan pelajar yang meminati bidang agama untuk mengambil STAM. Ia boleh dijadikan laluan untuk ke peringkat seterusnya. Mereka boleh teroka bahasa Arab.

“Paling penting bidang agama ini menjadikan mereka anak yang berguna, sekaligus dapat membentuk mereka menjadi modal insan untuk negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis anugerah pelajar cemerlang STAM 2017.

Mengulas keputusan keseluruhan STAM yang diumumkan semalam katanya, menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2016.

Katanya, jumlah calon yang berjaya memperoleh sijil STAM bagi tahun 2017 meningkat 2.7 peratus iaitu sebanyak 69.7 peratus, berbanding hanya 67 peratus pada 2016.

Katanya, mereka yang mempunyai Sijil STAM boleh memohon program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mana-mana universiti tempatan menerusi bidang yang sesuai mengikut kelayakan masing-masing.

Malah katanya, mereka tidak perlu risau kerana sijil STAM adalah setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close