a
Terkini
20/01/2018, 3:29 pm

Satu sekolah ditutup, dua terputus hubungan di Johor

JOHOR BAHRU, 26 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Sekolah Kebangsaan (SK) Punan, Kluang terpaksa ditutup hari ini berikutan cuaca yang semakin buruk di negeri itu.

Manakala, dua lagi sekolah iaitu SK Ladang Mutiara dan SK Seri Sedohok yang masih lagi beroperasi, telah terputus hubungan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, terdapat empat guru berada di SK Ladang Mutiara dan 11 guru di SK Seri Sedohok.

“Seramai 13 guru dari SK Ladang Mutiara melapor diri di SK Kahang dan SK Ladang Tereh manakala tiga guru dari SK Seri Sedohok melapor diri di SK Kahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mengulas mengenai banjir, Ayub berkata, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 1,395 mangsa berbanding 1,062 mangsa semalam.

Katanya, seramai 376 keluarga mangsa banjir itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment