a
Terkini
20/01/2018, 3:28 pm

PAS Sarawak mohon peruntukan khas bina sekolah rendah Islam

BANGI, 26 Rabiulakhir 1439H, Ahad – PAS Sarawak menggesa kerajaan negeri memperuntukkan bajet khusus bagi pembinaan sekolah rendah Islam atau kelas agama petang di negeri itu.

Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee membuat tuntutan itu kerana mengambil berat mengenai pendidikan Islam terhadap setiap individu terutamanya yang masih cilik.

“Sistem Pendidikan Islam merupakan sistem yang menitikberatkan pembentukan sahsiah diri. Kesepaduannya perlu menyeluruh merangkumi modul fardhu ain, aqidah, ibadah dan akhlaq serta pendidikan al-Quran, hadis dan sirah nabawiyyah.

“Daripada perlaksanaan sistem pendidikan Islam yang menyeluruh ini, ia bakal menjadi harapan untuk melahirkan generasi muda yang faham dan sedar akan tanggungjawab sebagai Muslim,” katanya dalam satu kenyataan.

Bahkan, bukan itu sahaja, ia juga bakal mengurangkan permasalahan sosial serta memperbaiki kualiti individu dan masyarakat.

“Kita juga mahu melahirkan individu Muslim yang benar-benar faham erti mereka seorang Muslim dan menunaikan kewajipan sebagai Muslim terutamanya dalam bab solat. Ayuh kita fokus untuk pastikan masyarakat muslim Sarawak faham dan komited menunailan solat lima waktu.

“Kami sangat yakin bahawa hanya dengan Islam masyarakat akan selamat dan melahirkan masyarakat sejahtera merangkumi semua kaum, bangsa dan agama. Islam adalah rahmat untuk semua,” katanya.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment