Berita UtamaUtama

Kawasan pendakian Gunung Nuang ditutup sementara

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Kawasan pendakian Gunung Nuang di Taman Eko Rimba, Hulu Langat ditutup sementara waktu berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Dr Mohd Puat Dahalan dalam satu notis pemberitahuan berkata, sebarang aktiviti pendakian adalah dilarang sama sekali, berkuatkuasa 14 Januari sehingga tarikh yang diberitahu kemudian.

“Pihak jabatan perhutanan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku sepanjang tempoh penutupan ini,” katanya.

Notis tersebut dikeluarkan selepas seorang lelaki berusia 47 tahun, dilaporkan jatuh ke gaung setinggi 100 meter ketika sedang menuruni puncak Gunung Nuang.

Ketika ini operasi menyelamat oleh pasukan bomba yang bermula sejak petang semalam masih dijalankan.

Difahamkan, operasi menyelamat menggunakan helikopter tidak dapat dibuat berikutan faktor cuaca yang tidak menentu.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close