a
Terkini
20/01/2018, 3:27 pm

Israel serang Gaza lagi, tutup sempadan Rafah

GAZA, 26 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Pesawat tentera udara pengganas Israel melancarkan serangan di selatan Semenanjung Gaza, sekaligus bertindak menutup laluan perdagangan antara wilayah terkepung Palestin dengan Tel Aviv.

Tentera Zionis memaklumkan, mereka menyasar infrastruktur menggunakan jet pejuang di selatan wilayah Rafah, bersebelahan sempadan Mesir.

Bagaimanapun, sumber keselamatan Palestin di Gaza berkata, tiada mangsa yang cedera dalam serangan rejim itu.

Semalam, Kementerian Pertahanan Israel memberitahu, laluan perdagangan Kerem Shalom antara Gaza dan Israel berhampiran Rafah ditutup sehingga tarikh yang dimaklumkan.

Rafah adalah satu-satunya pintu masuk yang tinggal untuk rakyat Palestin di Gaza ke dunia luar, selepas Israel mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza, yang turut dikuatkuasakan Mesir sejak sedekad lalu.

Keganasan rentas sempadan antara Israel dan Gaza makin kritikal, sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara. – Agensi

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment