a
Terkini
20/01/2018, 3:27 pm

Hujan lebat dijangka minggu depan

BANGI, 26 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Banjir yang melanda Pahang dan Johor dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat mengikut perkiraan keadaan awan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh berkata, diramalkan hujan lebat akan berterusan pada minggu hadapan.

Katanya, awan tebal akan menurunkan hujan lebat yang menyebabkan banjir di beberapa negeri.

“Dalam minggu depan, kita jangka hujan lebat kerana masih ada awan tebal. Namun keadaan yang berlaku ketika ini juga adalah ketentuan Allah SWT, dan kita sebagai manusia hanya boleh meramalkan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikia selepas program Nature Fun Ride 2018 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Dr Hamim Samuri, pagi tadi.

Keadaan banjir di Johor dilaporkan semakin teruk apabila 1,395 mangsa daripada 376 keluarga dilaporkan berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

Manakala di Pahang, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) kini meningkat kepada 1,672 orang.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment