Berita UtamaUtama

Ekonomi dicanang berkembang, hakikatnya rakyat makin miskin: Kadir Jasin

BANGI, 26 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Meskipun kerajaan menwar-warkan ekonomi negara berkembang lebih lima peratus, namun hakikatnya langsung tidak memberi kesan positif kepada rakyat, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin.

Katanya, ia berpunca daripada faktor-faktor negatif seperti kelemahan ringgit, beban cukai Barang dan perkhidmatan (GST), kurang kawalan ke atas harga dan bekalan, kelemahan kedudukan fiskal kerajaan Pusat dan kenaikan upah yang kecil.

Beliau berkata, realiti yang jarang dihebahkan kepada rakyat ketika ini ialah amaran mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat.

Misalnya, Bank Dunia dalam laporan pemantauan ekonomi Malaysia tahun 2016 mengatakan bahawa isi rumah termiskin di negara kita teruk dibelasah oleh kenaikan kos sara hidup.

Laporan itu mendedahkan, tekanan inflasi tidak sama rata yang mana golongan miskin didapati menganggung beban yang lebih tinggi daripada golongan kaya, khususnya di kawasan bandar.

“Keadaan itu mengakibatkan golongan miskin terpaksa memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan mereka kepada makanan. Isi rumah berpendapatan paling rendah misalnya terpaksa memperuntukkan 40 peratus perbelanjaan kepada makanan berbanding 25 peratus oleh isi rumah berpendapatan paling tinggi.

“Dalam bahasa yang mudah, bagi setiap RM100 yang orang miskin belanja, RM40 adalah ke atas makanan berbanding RM25 oleh orang kaya. Nak mudahkan lagi, saya kata macam ini. Selepas belanja beli makanan, dah tak berapa ada duit lagi yang tinggal untuk orang susah belanja ke atas keperluan lain macam ansuran atau sewa rumah, tambang pengangkutan, pelajaran anak-anak, pakaian dan hiburan.

“Macam mana orang susah tak belanja sebahagian besar duit mereka ke atas barang makan kalau harga runcit ikan kembung pun boleh naik sampai RM20 sekilo. Tak apalah.

“Kita fahamlah yang inflasi akan sebabkan harga naik. Tapi terpaksa tanggung kos yang lebih tinggi sebab pada masa yang sama, boleh kata harga semua barang import naik berganda kerana nilai duit kita jatuh,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Sudahlah Kadir Jasin, dengarlah nasihat Prof.Reduan Tee Abdullah, Bersatu hati kamu Melayu Islam, bukan bersahabat dengan mereka yang gila pangkat & Harta bicaralah untuk menambah baik bukan untuk menambah buruk ekonomi negara. Ingat Tiada Milik kita semuanya ALLAH yang punya.

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close