Berita UtamaDunia

UNRWA perlu dana lagi AS$800 juta bina sekolah untuk pelarian Palestin

Peruntukan disalur untuk tujuan pendidikan, kesihatan dan khidmat sosial

 

NEW YORK, 26 Safar 1443H, Ahad – Agensi Kerja dan Bantuan Pelarian Palestin (UNRWA) memerlukan dana baharu sebanyak AS$800 juta (RM3.35 bilion) bagi menampung pembangunan di Gaza.

Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, dana berkenaan akan digunakan untuk membiayai tiga aktiviti penting iaitu pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan sosial.

“Dana itu membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membangunkan 700 buah sekolah yang dapat menampung kira-kira 550,000 kanak-kanak serta pusat kesihatan yang boleh menyediakan kebajikan sosial kepada pelarian Palestin.

“Dana berkenaan adalah tambahan kepada anggaran AS$500,000 pada tahun 2022 bagi menampung bantuan kemanusiaan yang disediakan UNRWA,” kataya.

Beliau menambah, agensi itu telah membantu lebih lima juta rakyat Palestin, Jordan dan Lubnan.

Philippe Lazzarini turut menjelaskan beberapa aktiviti terpaksa dihentikan pada November dan Disember berikutan kekurangan dana sebanyak sebanyak RM418 juta.

“Hari ini kami berjuang untuk mendapatkan wang bagi membantu semua pihak.

“Saya sebagai ketua pesuruhjaya tidak pasti sama ada minggu depan kami dapat membayar gaji kepada 28,000 pekerja atau tidak,” katanya.

Sejak 2018, Washington telah menghentikan kesemua bantuan kepada UNRWA dibawah pimpinan Presiden Donald Trump yang menghalang idea membantu rakyat Palestin.

Sebelum ini bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) menyumbang kira-kira 30 peratus daripada dana tahunan UNRWA. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button