a
Terkini
20/01/2018, 3:20 pm

(KEMASKINI) Tak benar suhu Malaysia turun sehingga 14.2°C

BANGI, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Sejak beberapa hari lalu, dan diramalkan sehingga pagi esok, suhu di beberapa tempat di Malaysia mengalami penurunan sehingga mencecah 14.2 darjah Celsius, demikian tular laman sosial sejak malam tadi.

Keadaan itu berlaku berikutan tiupan angin luluran sejuk yang berlaku semasa monsun timur laut akibat pengukuhan sistem tekanan udara tinggi Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke Malaysia.

Malaysia pernah mencatatkan suhu paling rendah di Kuala Krai, Kelantan iaitu 15.7°C pada 2014 lalu, kesan tiupan angin timur laut.

Namun, sejak beberapa hari lalu tular fenomena suhu jatuh mendadak berlaku di seluruh negara dengan Kundasang mencatatkan suhu paling rendah iaitu 14.2°C, diikuti Kuala Krai (17.3°C); dan Tawau (17.6°C).

Kebiasaanya suhu di Malaysia adalah 28°C hingga 34°C.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini bagaimanapun menafikan keadaan suhu yang menjadi tular itu, sebaliknya menyatakan suhu paling rendah dicatatkan ialah 21°C iaitu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Fredolin Tangang, dilaporkan berkata, cuaca sejuk seperti ini akan berlarutan dua tiga hari lagi dengan kawasan di Johor dan Sarawak akan berlaku hujan lebat.

Beliau berkata, keadaan hujan dan berawan dan cuaca sejuk yang berlaku sekarang juga disebabkan sebahagiannya ditokok tambah oleh fenomena ‘Madden-Julian Oscillation (MJO)’ atau Ayunan Madden-Julian.

“Fenomena MJO adalah sebahagian keragaman iklim dalam musim di kawasan tropika yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20/60 hari,” katanya.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment