Berita UtamaUtama

Dakwah kurang, tarbiyah lebih-lebih

 

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, umat Islam perlu sedar bahawa usaha dakwah masih belum mencukupi.

Katanya, ramai yang tidak sedar tanggungjawab dakwah itu sebenarnya terletak di bahu setiap muslim.

“Sebagaimana kita sayangkan Rasulullah kita tunjukkan dengan mengikut sunnah. Kita kata sayangkan agama tetapi tidak berdakwah.

“Kita nilai diri sendiri mungkin kita duduk dalam kejiranan lebih 50 peratus orang bukan Islam. Waktu raya, kita bagi lemang, jiran Cina bagi limau mandarin.

“Pernahkah kita hadiahkan terjemahan al-Quran dalam bahasa mandarin?,” katanya pada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, di sini hari ini.

Beliau berkata, umat Islam lebih banyak atau disibukkan dengan mengecam kesalahan orang lain, berbanding menilai diri sendiri.

“As Salafuh Soleh ibaratkan ‘bahawa manusia cekap melihat habuk di mata saudaranya dengan melupai ketulan kerikil batu di matanya sendiri.

“Kita sibuk melihat kelemahan pihak-pihak yang semuanya mengaku melakukan kerja dakwah dan memfokuskan kepada tarbiyah sehingga terlebih-lebih.

“Di mana hilangnya kekuatan dakwah ini. Kita kena kembali kepada prinsip dakwah bukan tugas sebahagian daripada kita, bukan fardu kifayah.

“Tanggungjawab ini tanggungjawab yang wajib, bukan pilihan. Semua bertanggungjawab melaksanakannya,” tegas beliau.

UMMAH beri amaran singkir parti politik tak perjuang agenda Islam, Melayu

 

 

 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close