Berita UtamaDuniaUtama

Arab Saudi benar wanita tonton bola sepak di stadium

JEDDAH, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Buat pertama kali dalam sejarah, wanita Arab Saudi kini dibenar memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak.

Perlawanan pertama yang menyaksikan wanita dibenar memasuki stadium di Jeddah, membabitkan Kelab Al-Ahli menentang Al-Batin, hari ini.

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan menarik balik larangan wanita memasuki stadium menyaksikan perlawanan bola sepak, akhir tahun lalu.

Langkah itu dilihat sebagai reformasi sosial di Arab Saudi yang memberi lebih kebebasan kepada wanita. Sebelum ini, Arab Saudi juga telah membenarkan wanita Arab Saudi memandu.

Namun, dalam membenarkan wanita menyaksikan perlawanan bola sepak itu, kerajaan Arab Saudi menyediakan ruang khas keluarga yang memisahkan mereka daripada lelaki.

Stadium bola sepak juga menyediakan surau wanita, bilik air, pintu masuk berbeza daripada lelaki serta tempat letak kereta khas untuk wanita sahaja. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close