a
Terkini
20/01/2018, 3:23 pm

Ambil tindakan undang-undang syarikat amal diskriminasi, antiperpaduan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Kerajaan digesa mewujudkan undang-undang bagi melarang amalan-amalan perniagaan yang berunsur antiperpaduan dan diskriminasi di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, antara contoh diskriminasi yang berlaku masa kini ialah syarat keperluan boleh berbahasa Mandarin sebelum diambil bekerja.

Malah, katanya, ada juga syarikat yang memberikan gaji tidak selaras kepada pekerja dengan kadar berbeza bagi pekerja Islam dan bukan Islam.

“Syarikat yang berbuat begini perlu menutup perniagaan mereka. Tidak sewajarnya mereka berbuat demikian, mesti selaras,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang sedang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut mencadangkan supaya kerajaan mengenakan cukai lain kepada syarikat yang antiperpaduan.

“Kita kenakan cukai dan insentif kewangan sebagai hadiah dan denda melalui pendekatan ‘carrot and stick approach’ untuk menegah dan menggalak syarikat-syarikat milikan bukan Bumiputera mendiskriminasi terhadap orang Melayu.

“Sebagai contoh, mengenakan cukai tambahan kepada yang tidak mahu menggajikan orang Melayu dan memberikan rebat pula kepada yang melatih orang Melayu dan sebagainya,” katanya.

Gerakan Pembela Ummah digerakkan oleh lebih 100 NGO Islam yang memberi fokus kepada menyatupadukan umat Islam dan menjadi suara pendesak, mengukuhkan kedaulatan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, dominasi dan kekuatan umat Islam di dalam politik, mendesak dan memastikan pemerintah menerapkan nilai Islam dan memperjuang pemerkasaan institusi Islam negara.

Antara gabungan NGO Islam dalam UMMAH adalah Kongress Rakyat, Pembela, Gabungan AMIN, PINTA, Ummat RUU355, Isma, PPIM dan lain lain.

Dakwah kurang, tarbiyah lebih-lebih

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment