a
Terkini
20/01/2018, 3:18 pm

Tanah Felda: Polis dijangka serah kertas siasatan minggu depan

BANGI, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Polis masih belum menyelesaikan siasatan ke atas kes pemindahan hak milik tanah Felda bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya dijangka akan menyerahkan kertas siasatan berhubung kes tersebut kepada pejabat Peguam Negara minggu depan.

Beliau berkata, setakat ini siasatan terhadap kes itu masih berjalan dan akan memanggil beberapa lagi saksi untuk diambil keterangan.

“Saya tidak akan mendedahkan berapa ramai individu yang akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

“Namun kita harap kertas siasatan ini akan dapat diserahkan kepada Peguam Negara minggu depan untuk tindakan selanjutnya,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengesahkan dan mengakui agensi tanah Persekutuan itu hilang tiga bidang tanahnya apabila ia dipindah milik tanpa pengetahuan Felda.

Berikutan itu, polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat transaksi pindah milik tanah yang didakwa mencurigakan itu.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment