Berita Utama

Suhu rendah pada Januari perkara biasa

BANGI, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Keadaan suhu lebih rendah daripada paras purata di Malaysia dianggap normal ketika musim tengkujuh, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Alui Bahari.

Beliau menjelaskan, bacaan suhu mencecah 20 darjah celcius adalah perkara biasa terutama pada bulan Januari.

Katanya, setakat ini, hanya Cameron Highlands menyaksikan sedikit penuruhan suhu sehingga 15 darjah celcius, namun Malaysia masih dalam julat purata suhu untuk tahun ini ekoran hujan lebat dan angin kencang.

“Kita telah mengalami cuaca itu, dengan keadaan mendung sebelum ini. Ia perkara biasa bagi Malaysia bermula Januari hingga Februari kerana angin kencang dari timur laut.

“Pada Februari 2014, cuaca di Kota Bharu, Kelantan adalah 17.8 darjah celcius, manakala Gong Kedak dan Kuala Krai masing-masing mengalami penurunan suhu kepada 17.6 darjah celcius dan 15.7 darjah celcius,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.

Serentak itu, beliau menasihati orang ramai supaya memantau notis amaran yang dikeluarkan di laman web MetMalaysia untuk sebarang maklumat lanjut mengenai suhu di seluruh negara.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close