a
Terkini
20/01/2018, 3:19 pm

Rejim pengganas Israel bunuh dua remaja Palestin

TEBING BARAT, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Dua remaja Palestin terbunuh, manakala tiga lagi parah ditembak askar rejim pengganas Israel ketika tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, semalam.

Amir Abu Musaed, 16 tahun ditembak di sempadan Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Remaja itu dilaporkan ditembak di dada berdekatan pagar sempadan, di timur kem Al-Bureij di tengah Gaza, ketika tunjuk perasaan membantah langkah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Askar rejim pengganas Israel juga menembak mati Ali Kaddus, 16 tahun dari Iraq Bureen, sebuah perkampungan kecil di Nablus di Tebing Barat.

Kaddus ditembak di kepala berdekatan pusat pemeriksaan di pintu masuk ke kampung Tell di barat daya Nablus, lapor media tempatan.

Alaa Qador, abang ipar Ali berkata, remaja itu ditembak mati ketika dia bersama-sama sekumpulan remaja Palestin berdiri di pintu masuk kampung berkenaan yang dihadang oleh rejim pengganas Israel.

“Tiada pergaduhan atau pertempuran. Ali hanya berdiri bersama beberapa lelaki apabila askar rejim yang menaiki jip menembaknya di kepala,” katanya.

Sementara itu, seorang kanak-kanak Palestin berusia tiga tahun cedera di kepala terkena tembakan tentera rejim pengganas Zionis yang mengadakan latihan di Tubas, Tebing Barat.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, kanak-kanak itu cedera di kepala ditembak dengan peluru hidup, tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan dirawat di hospital Rafidia. – Agensi

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment