a
Terkini
20/01/2018, 3:31 pm

Keputusan STAM diumum 18 Januari

PUTRAJAYA, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan diumumkan pada 18 Januari ini.

Lembaga Peperiksaan menerusi satu kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing daripada sekolah selepas pukul 10 pagi hari tersebut.

Manakala calon persendirian pula bakal dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi terus Jabatan Pendidikan Negeri di tempat peperiksaan didaftarkan.

Sebanyak 9,534 calon telah mendaftar untuk menduduki STAM 2017 di 240 pusat peperiksaan seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, 2,365 adalah calon daripada sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala 4,951 merupakan calon sekolah menengah agama negeri.

“Selain itu, 704 adalah calon sekolah menengah agama rakyat, 1,370 calon persendirian, 52 calon sekolah menengah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan 92 calon luar negara dari Kemboja,” katanya.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment