Berita Utama

Islam dijangka agama kedua terbesar di AS menjelang 2040

WASHINGTON, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Populasi umat Islam yang semakin berkembang di Amerika Syarikat (AS) dijangka mengatasi Yahudi sebagai agama kedua terbesar di negara itu menjelang 2040.

Berdasarkan data kajian agensi Pew Research mendapati, penduduk Islam sedang berkembang pantas dan terus meningkat daripada 3.45 juta pada 2017 kepada kira-kira 8.1 juta pada 2050.

Kajian tersebut dijalankan Pew pada tiga tahun berlainan iaitu 2007, 2011 dan 2017 berdasarkan data tahunan daripada Bancian AS.

Laporan itu mengatakan pertambahan dua kali ganda penduduk Islam disebabkan oleh imigrasi dan lebih separuh jumlah populasi penduduk beragama Islam hari ini adalah imigran.

Bagaimanapun, umat Islam di AS masih dikira sebagai populasi kecil penduduk AS secara keseluruhannya, mengatasi penganut Kristian yang dijangka lebih 252 juta pada 2020, 70 kali ganda daripada jumlah orang Islam pada tahun sama.

Walaupun sebagai kumpulan kedua terbesar, umat Islam di AS tetap dianggap sebagai kelompok kecil dengan hanya 2.1 peratus penduduk.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close