Dunia

Israel tahan 8 penduduk Palestin di Tebing Barat

Sengaja serbu, geledah beberapa rumah rakyat Palestin termasuk kem pelarian

TEBING BARAT, 7 Muharram 1443H, Isnin – Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin di beberapa kawasan Tebing Barat ditahan pasukan penjajah Israel awal hari ini, menurut sumber keselamatan. 

Difahamkan, rejim Israel telah menangkap semula seorang bekas tahanan Palestin selepas menceroboh dan menggeledah rumahnya di bandar Tammun, selatan Tubas. 

Tindakan itu mencetuskan pertembungan ganas, mengakibatkan tentera Israel menembak dan mencederakan tiga pemuda. 

Dalam insiden berasingan, seorang lelaki bersama anaknya ditangkap tentera Israel dalam satu serbuan yang dijalankan di bandar Qusra, selatan daerah Nablus.

Kejadian dipercayai berlaku ketika pasukan Israel menceroboh ke bandar Kafr Qallil dan menahan seorang lelaki Palestin. 

Sementara di Tebing Barat, tentera turut menyerbu wilayah Abu Nujaym, di timur Bethlehem yang turut membawa kepada penahanan dua rakyat Palestin. 

Rejim itu turut menyerbu kem pelarian Aida dan menangkap seorang rakyat Palestin serta menggeledah beberapa rumah. 

Serbuan sama turut dibuat di kawasan bandar Hebron, Jabal al-Rahma yang turut menahan seorang penduduk Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button