a
Terkini
20/01/2018, 3:17 pm

Banjir: Sebuah sekolah ditutup di Sarawak

MIRI, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit di Miri menjadi satu-satunya sekolah di Sarawak ditutup hari ini setelah kawasan dalam dan luar sekolah dilanda banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBS) berkata, banjir telah menyebabkan kawasan padang sekolah, kelas, kuarters, rumah genset dan prasekolah dinaiki air.

“Laluan ke SK Sungai Kelabit yang mempunyai 19 murid, tujuh guru dan dua kakitangan pentadbiran itu juga berbahaya untuk dilalui kerana banjir dan licin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS dalam kenyataan sama berkata, empat sekolah rendah iaitu SK Kuala Kenyana, SK Kuala Bok, SK Sungai Bong dan SK Sungai Anak turut terjejas banjir tetapi masih beroperasi.-   Bernama

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment