Berita Utama

Polis bongkar sindiket tipu bank RM10 juta, 13 ditangkap

BANGI, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Tiga belas individu ditangkap dalam operasi khas polis membongkar sindiket menipu beberapa institusi kewangan membabitkan RM10 juta sejak 2015 hingga 2016 lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh berkata, sindiket terbabit dikesan menipu tujuh institusi kewangan dengan berpura-pura mengemukakan permohonan membeli hartanah.

Katanya, polis menjalankan siasatan selepas menerima 12 laporan yang dibuat terhadap sindiket terbabit.

“Sindiket terbabit didapati mengemukakan dokumen palsu di mana terdapat anggotanya yang bertindak sebagai penjual dan pembeli berpotensi. Setelah diluluskan dan memperoleh wang, sindiket terbabit lesap,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mereka yang ditangkap akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, selain beberapa tuduhan yang lain.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close