Dunia

Sesi khas UNSC bincang pelaksanaan resolusi 2334 Khamis depan

Bangkit isu pelanggaran penjajah Israel atas tanah Palestin di Baitulmaqdis

RAMALLAH, 8 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan satu sesi pada Khamis depan susulan pelaksanaan resolusi 2334 berhubung penempatan penjajah Israel. 

Wakil Tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, mesyuarat itu akan membincangkan mengenai pelanggaran berterusan Israel ke atas tanah, termasuk rumah penduduk Palestin di Baitulmaqdis. 

Beliau berkata, pertemuan itu diadakan sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik negara Palestin, yang bertujuan mengekalkan gencatan senjata di Gaza dan memberikan perlindungan antarabangsa terhadap rakyatnya. 

Pada masa sama, Mansour memberitahu, Duta Besar Arab akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini, untuk melaksanakan perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Arab di Qatar baru-baru ini. 

Katanya, satu perjumpaan secara atas talian juga akan diadakan pada Isnin untuk negara-negara berkecuali, yang dijangka bakal mengakhiri penjajahan di Baitulmaqdis, selain membincangkan kesan serangan di Semenanjung Gaza sebelum ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button