Dunia

WHO harap akses vaksin COVID-19 sampai ke negara konflik, miskin

Gesa pengeluar vaksin bantu negara-negara membangun lawan pandemik

GENEVA, 16 Rejab 1442H, Ahad – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa pengeluar vaksin supaya memberikan lebih banyak bantuan kepada negara-negara membangun untuk menerima akses vaksin COVID-19 bagi melawan pandemik itu. 

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pelbagai langkah harus diambil untuk meningkatkan pengeluaran vaksin COVID-19, termasuk pemindahan teknologi, lesen sukarelawan dan pengabaian sementara harta intelek, untuk meningkatkan liputan vaksin serta imunisasi. 

“Saya harap kita membuat pilihan yang tepat.

“Kita tidak boleh melawan COVID-19 tanpa ekuiti vaksin. Dunia kita tidak akan pulih dengan pantas tanpa ekuiti vaksin. Ini jelas,” katanya. 

Ghebreyesus berkata, walaupun WHO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berulang kali mendesak untuk akses yang adil terhadap vaksin COVID-19 serta Perjanjian WTO mengenai Aspek Berkaitan Perdagangan Hak Kekayaan Intelektual – merangkumi peruntukan untuk pengecualian harta intelek pada vaksin -, dunia nampaknya tidak mempunyai kerjasama bahkan menunjukkan tentangan serius terhadap ekuiti vaksin.

Jumaat lalu, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan resolusi yang meminta peningkatan akses vaksin COVID-19 di wilayah yang dilanda konflik atau negara miskin. 

“Saya gembira Majlis Keselamatan PBB telah memilih ekuiti vaksin. Dan pada masa sama, jika kita akan mengambil penyelesaian praktikal, maka pengabaian harta intelek harus diambil serius,” kata Ghebreyesus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button