Berita Utama

China ambil kesempatan krisis AS-Pakistan, mahu bina pangkalan tentera

BEIJING, 19 Rabiulakhir 1439H, Ahad – China bercadang membina pangkalan tentera laut di Pakistan susulan ketegangan semakin meningkat antara Islamabad dan Washington berhubung pemotongan dana bantuan Amerika Syarikat (AS).

Menurut South China Morning Post, pangkalan tentera laut itu akan dibina di Pelabuhan Gwadar, di wilayah Balochistan, di mana kapal tentera memerlukan perkhidmatan tertentu yang tidak dapat disediakan oleh kemudahan komersial.

“Pelabuhan Gwadar tidak dapat menyediakan perkhidmatan spesifik untuk kapal perang…. ketenteraman awam dalam kekacauan. Ia bukan tempat terbaik untuk menjalankan sokongan logistik tentera,” kata salah seorang sumber.

Penganalisis tentera yang berpangkalan di China, Zhou Chenming berkata, republik itu perlu membina pangkalan di Gwadar untuk kapal perangnya berikutan pelabuhan berkenaan menjadi kemudahan awam.

Jumaat lepas, Pakistan mengecam keputusan tidak produktif Washington untuk menggantung berjuta-juta dolar peruntukan keselamatan ke Islamabad.

Keputusan itu berlaku sehari selepas Jabatan Negara AS, Heather Nauert mengumumkan sekurang-kurangnya AS$900 juta bantuan keselamatan ke Pakistan digantung sehingga kerajaan di Islamabad menangani isu Taliban dan kumpulan rangkaian militan Haqqani.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close