Berita Utama

Kementerian Pendidikan Tinggi akan kenakan tindakan tegas terhadap IPTS langgar Akta 555

TELUK INTAN, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil tindakan tegas terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang melanggar Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555).

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam mengenai tindakan IPTS tersebut akan disiasat.

Antara kesalahan yang didedahkan adalah mengenakan yuran terselindung, enggan membayar baki yuran daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain graduan ditipu pelbagai janji manis.

“Kita ada Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) untuk mengkaji status dan kedudukan kolej.
Ini untuk pastikan kolej yang ada adalah tulen dan menjalankan tanggungjawab dengan baik,­” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Semalam, dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh PPIM, seorang bekas pelajar kolej mendakwa selepas menamatkan pengajian diploma dan ijazah dalam bidang Perbankan Islam dan Kewangan, dia terpaksa menanggung hutang sebanyak RM70,000 apabila jaminan yang diberikan pihak kolej untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian turut palsu.

Sementara itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu dan meminta pihak yang berkenaan untuk hadir pejabat PTPTN untuk berbincang dan memberi maklumat lanjut.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close